Sunday, July 25, 2010

TUGASAN 1



Encik Miswan b. Surip, Pensyarah modul Pembangunan Aplikasi E-Dagang (DIT 3254) telah memberi tugasan pertama iaitu membuka akaun Maybank bagi memudahkan kami membuat transaksi bagi modul ini. Untuk menyelesaikan tugasan ini kami telah pergi ke Maybank cawangan Parit Raja.


Laporan: Bagaimana membuka akaun Maybank dan Mengaktifkan Maybank 2u.


Langkah-langkah untuk membuka akaun maybank ialah :

1. Pergi ke Kaunter Pertanyaan dan minta borang permohonan akaun baru dengan memasukkan deposit awal sebanyak RM300. Untuk pembukaan akaun, ahli kumpulan telah bersetuju untuk menggunakan nama Siti Nurulfitri Binti Kamsin.

2. Setelah mengisi borang, Siti Nurulfitri Binti Kamsin menyerahkan borang tersebut kepada Pegawai yang bertugas di kaunter pertanyaan beserta salinan kad pengenalan.

3. Selepas itu, pegawai memproses data permohonan Siti Nurulfitri Binti Kamsin ke dalam sistem maklumat mereka. Pegawai bank menyerahkan kad bank, kertas berkenaan no akaun dan kata laluan sementara.


Langkah-langkah untuk mengaktifkan kad ATM :

1. Pergi ke mesin ATM maybank.

2. Masukkan kad.

3. Pilih bahasa

4. Masukkan kata laluan sementara.

5. Pilih menu menukar kata laluan.

6. Masukkan kata laluan baru.

7. Sahkan kembali kata laluan .

8. Pergi ke menu utama

9. Pilih arahan keluar.


Langkah-langkah untuk mengaktifkan Maybank2u.

1. Masukkan kad ke ATM.

2. Pilih aplikasi Maybank2u.

3. Masukkan kata laluan yang baru untuk Maybank2u.

4. Sahkan kembali kata laluan.

5. Pilih arahan keluar.

6. Layari laman web Maybank, http://www.maybank2u.com.my/

7. Klik butang “Log in”.

8. Klik perkataan “First time log-in please”.

9. Baca terma dan syarat yang diberikan oleh pihak bank.

10. Klik butang “Accept”.

11. Masukkan no akses.

12. Masukkan kata laluan yang telah di aktifkan di mesin ATM.

13. Paparan skrin baru akan muncul dengan nama pengguna.


Forex

Currency Converter